Monday, July 27, 2009

Hari Pengguna Malaysia 2009

Hari Pengguna Malaysia 2009 bertempat di Padang MPK2 Kuantan, Pahang.

Khamis, 23 Julai 2009
Aku dan officemate aku,Moon travel dari KL ke Kuantan dengan manaiki bas pada jam 5 petang. Kami gerak dari office terus ke hentian pekeliling. Pukul 8.30 kami sampai di Terminal Makmur,Kuantan dan terus menaiki teksi ke Shahzan Inn, tempat penginapan kami sepanjang mngikuti program hari pengguna ini. Kami berdua ditugaskan untuk menjaga booth SSM. Sampai di hotel, kami berasa amat lapar kerana sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan kami hanya tidur kerana masing2 kepenatan. Aku hanya terjaga dari lena yang panjang apabila bas yang kami naiki melalui tol, berdekatan dengan UMP. Hahaha...tidur je aku ni.. Dengan memakai baju tidur selamba badak je aku keluar dengan rakanku ke kedai makan yang berdekatan. Selepas makan, kami balik ke hotel dan mengadap laptop sampai lebam. Dah tak mngantuk sebab dah tidur lama dalam bas.

Jumaat, 24 Julai 2009
Pagi-pagi kami bangun dan bersiap untuk ke tapak hari pengguna. Kami bersarapan nasi dagang dan selepas itu menunggu teksi ke tapak pameran. Tepat pukul 10 pagi kami sampai di depan booth SSM selepas kepanasan dan kesakitan bahu menggalas beg yang mengandungi laptop yang amat berat kerana dibawah matahari yang mula terbit kami berjalan mencari booth kami. Ruang padang yang luas menyukarkan kami untuk mencari booth kerana terlalu banyak booth di tapak pameran tersebut. setiba di booth, kami mengambil tempat untuk mnyusun flyers e-Info dan membuka laptop. Sudah la kepanasan, ditambah lagi dengan bebelan yang tidak dijangkakan..Aduhhhh..pagi-pagi dah nak galakkan aku buat dosa. Sedikit tension dan perasaan untuk balik ke KL mula bertanduk dalam otak aku. Dalam e-mel, we have been informed to be at Padang MPK2 from 10am-10pm. Kenapa nak bising-bising pulak. Sabar je la...Boleh sakit jiwa macam ni. Tak ada la pulak dapat informasi kami kena datang awal...So what? Erm sudah la kami tidak diberi plug extension, kami terpaksa la lagi sekali meredah tengahari, tepat pukul 12 ke kedai berdekatan untuk mencari extension. Alamakkk..muka aku dah gelap sikit. Huhuhu...
Kami lepak do booth sehingga petang. Tak ramai orang yang datang. Mungkin sebab hari ni hari Jumaat, ramai yang bekerja. Mengantuk giler...

Sabtu, 25 Julai 2009
Pagi ini kami ke booth lagi. Yang best nye kitorang sedikit terlambat. Pagi tak ramai orang jugak. Dah tengahari baru ramai. Apa yang best, ketika aku sedang meng "capture" gambar suasana dan booth2, aku terjumpa junior Form 4 MRSM Kuantan kat tengah padang yang panas tu. Itu pun sebab tengok gurlz pakai kain batik macam aku dulu. Ada lagi simpan kat rumah.hehe..Apa lagi. aku meng "snap" gamba mereka untuk simpanan dan ditunjukkan kepada bro and sis Kuatagh. Seronok..adik-adik ni baik and ada antara mereka yang kenal aku..Wahhh..terasa glamour sebentar. Boleh la aku mencapub...Hahaha..Aku berjalan-jalan lagi dengan mereka di tengah kepanasan...bertambah gelaplah aku. Selepas membye bye adik-adik yang mahu pulang ke maktab, aku balik ke booth. Rasa lapar dan haus sangat sebab pagi tak breakfast. Aku pergi mencari air. Tetiba aku teringat En Jamal. Aku try call dia and kebetulan dia ada di Kuantan. En Jamal mengajak aku lunch bersama dan ingin mengambil kami di Padang MPK2..Aku apa lagi..sudah la tengah lapar...dapat peluang pergi makan..Jam dah pukul 2.30 petang..Memang patut pun lapar..Aku dengan Moon pergi makan dengan En jamal. Kitorang je yang makan..En Jamal tak makan pun..Dia tengah bersedih dengan kejadian rumahnya yang terbakar di JB..Sedih sebab rumah tu dah lama dari anak-anaknya kecil lagi. Mungkin ada hikmah. Selepas makan, En Jamal menghantar kami pulang ke Padang MPK2. Petang kat booth tak ada buat apa sangat. Ada menjawab pertanyaan public je tentang business and company. Selebihnya aku sibukkan diri dengan bermain game dan bercucuk tanam. Petani IT katakan...hahaha...Apabila keadaan di booth lengang, aku dan Moon balik ke hotel. Sedang lepak-lepak dalam bilik aku mendapat call dari Kak Dewi untuk mngajak kami makan mee kari dirumahnya. Kami pun bersiap-siap. Bertuah betul aku dengan Moon hari ni sebab lunch and dinner kami dibelanja orang..Thanks a lot En Jamal for lunch (nice food -nasi putih+dalca+kari+ayam goreng+sayur) and Kak Dewi for the dinner (very delicious mee kari - never eat mee kari yang sedap macam tu before sampaikan hari nak balik Moon teringat-ingat and sebut-sebut pasal mee kari tu..hahaha..hebat betul penangan mee kari tu).
After makan mee kari, kami singgah ke rumah Kak Dewi untuk makan durian pulak. Aku makan dua ulas je sebab dah kenyang makan mee kari yang sedap giler tu..huhuhu..
Then kitorang pergi lepak kat Teluk Chempedak mencuci mata dan bergambar. Hahaha dah malam pun nak bergambar. Walhal gelap tu. Then Kak Dewi hantar kami balik ke hotel sebab adiknya, Ain nak kerja keesokan harinya..Balik bilik aku mngadap laptop sampai tertidur...

Ahad, 26 Julai 2009
Pagi ini kami datang awal ke booth. Pukul 9.20 kami dah tercacak depan booth..Wah wahh..orang yang bising terkedu tengok kami awal pagi ni. Then kitorang bukak laptop and ape lagi, aku main game and melayan pertanyaan public tentang business and company. Then bila bosan, aku berjalan keliling booth yang ada sebelum balik. Sambil kerja tetap aku apabila join or datang event iaitu mengutip guddy bag and gift2 yang ada.hahaha...Sekali lagi aku berjalan tengah panas matahari tegak atas kepala. Aku dah mengagak muka aku mesti dah hitam and pasti esok pergi opis kena tegur dengan officemate..Pukul 12.30 aku dan Moon bergerak balik ke hotel untuk check out dan bergerak ke Terminal Makmur. Bas kami pukul 3 petang. Sekali lagi kami jadikan travel kami sebagai masa untuk tidur. Sebaik sahaja bas bergerak, kami mula tidurkan diri masing dan hanya membuka mata apabila bas melalui TOL Gombak..hahaha..memang perjalanan kami pergi dan balik hanya tidur.

3 jam setengah aku tidur dalam bas tadi membuatkan mata aku sekarang ni terang je. Tak mengantuk lagi. Dah pukul 2.23 pagi ni. Esok nak bangun pergi office pulak. Tadi tengok cermin, gelap betul muka aku. Ye la..3 hari aku berjalan-jalan merayau di padang. Aku tak boleh duduk diam di booth aje. Kerja aku suka jalan-jalan dan meng"capture" pemandangan dan suasana yang best dalam Optio E40 aku. Kenangan best ketika berada 4 hari di Kuantan sehingga kulit muka and tangan aku jadi makin gelap..huhuhu..:-)

~MiSsNeisYa~

No comments:

Post a Comment