Tengahari Sabtu aku beraya di Kajang. Petang Ahad baru balik...
I was sharing the happiness with mama,atuk,Jaja,Kakak,Jie and Kak Yong and cute boy,Yafiq...
Seronok berjumpa dan bergelak ketawa dengan mereka walaupun ehem2...Biar aku simpan sahaja dalam lipatan hati aku...Walau pedih tapi aku tetap merasa kegembiraan pada tengahari 8hb Syawal ketika kami sedang bermaaf-maafan...Really miss that moment and I miss him so damn much...Moga Allah sentiasa memberkati dan memelihara hubungan kami...His mum,father,grandmother,siblings okay with me...why not him??? Thanks a lot makcik for the advice and good care of our relationship...Thanks for your concern...You are very kind towards me...When I was with you, I feel like I'm with my beloved mother...We can share everything about women's problem...I will take a good care of your son as long as I can...
"Ya Allah...Kau tunjukkanlah jalan kebenaran kepada insan yang amat aku sayang ini...Moga dia tidak jauh tersesat...Bukakanlah pintu hatinya ke arah keimanan..Jauhilah dirinya dari kesesatan serta pengaruh syaitan durjana...Kau berkatilah segala apa yang dilakukan olehnya...berikanlah kemudahan untuknya dalam menuntut ilmu dan menjalani peperiksaan...Peliharakan lah dirinya dari segala musibah dan berikanlah dirinya ketenangan hati...Sihat sejahterakan lah dirinya...Peliharakanlah hubungan kami...Moga masih ada ruang untuk kami bersama lagi...Amin Ya Rabbal A'lamin..."
Wednesday, September 30, 2009
Monday, September 28, 2009
1 Syawal 1430H
Aidilfitri kali ini aku sambut tanpa keluarga aku..hanya beraya di Ampang dan Kajang...iaitu rumah zaurah and syam je...Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kedua ibu bapaku,adik-adik,saudara mara,Hisyam Hazmi,Erzat Saufi,Nurhamimi,guru-guru serta kawan-kawan dari aku sekolah tadika,sekolah rendah,sekolah menengah dan ke IPT hingga ke tempat kerja sekarang ni serta buat semua yang mengenali aku...Maaf Zahir dan Batin...Moga kita masih berkesempatan untuk menyambut 1 Syawal 1431H...Amin..:-)
Thursday, September 17, 2009
Siapa jodoh kita dapat 'dirasa'
BAGAIKAN ada banyak persamaan bahkan kadangkala hati berasa dia dijadikan Allah sebagai jodoh anda. Di saat bersedih, dia yang menghulur tangan, menarik anda daripada resah yang menghibakan.
Ketika musibah melanda, dia juga selalu membuat anda tersenyum sehinggakan luka ikut sama berlalu.
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan juga mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
Si dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah dia spontan ataupun kelihatan pelik? Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia memang pelakon handalan. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon, tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, dia adalah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh anda. Apapun kisah silam yang pernah dilalui, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini banyak memberi pengajaran supaya berhati-hati. Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, apa yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban ditanggung. Apabila mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Bagi mereka yang bercinta, sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. Fahami diri pasangan. Ketika sakit dia bawa anda ke klinik. Apabila dilanda kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala anda berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira sama ada saat gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk anda. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama untuk melalui hidup ini saat suka dan duka, senang dan susah, dialah calon sesuai menjadi pasangan hidup anda. Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda. Bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinnya, anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolak dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat kekal selamanya. Kadang kala manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengar kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Kuasa. |
Tuesday, September 8, 2009
31 Ogos 2009 Smewet2 kusayang...
31 Ogos 2009
Tepat jam 12.00 tengah malam kami tiba di rumah aku. Kami masuik ke dalam rumah. Bunyi bunga api. Seronok mereka-mereka ni tangok bunga api. Selepas membersihkan diri dan bersolat, kami berfacebook dan melihat gambar- gambar yang telah di snap semasa majlis berbuka tadi. Comel-comel picture kami. Wani teru upload. Kami buat status. Wahhh seronok..Malam tu tak tidur sebab tunggu masuk sahur. Wani masakkan kami nasi goreng. Thanks wani. First time aku sahur makan best di rumah sewa untuk tahun 1430H ini...hehehe..
Lepas subuh kami tidur.Then bangun siap-siap, aku mengahntar smewet2 ni ke Puduraya. Dalam tren pun bergambar bergelak ketawa sebelum berpisah. Sampai di stesen Plaza Rakyat, kami hampir terlupa untuk turun. Nasib baik aku tersedar. Masa kami tengah bergegas keluar dari tren, bunyi amaran pintu akan ditutup dah bebunyi. Nasib baik tiada smewet yang tersepit. Hahahaha...Kelakar betul bila ingat balik.
Sampai di Puduraya, smewet2 semua menaiki bas pulang ke Tanjung Malim. Sedih nak berpisah tapi sudah tugas masing-masing. Bila la dapat jumpa korang lagi. Selepas bersalam dan berpelukan mereka menaiki bas dan aku terus berjalan menuju ke stesen LRT untuk aku berjumpa adik2 housemate tu Time Square...
Smewet2 ku sayang...I really miss you all..Seronok jumpa and lepak dengan kamu semua.
Moga kita dapat jumpa lagi...:-)

Majlis Buka Puasa Kuatagh 2004
Tanggal 30 Ogos 2009...
Hari yang amat aku nanti-nanti kan serta hari yang mengundang debaran sekaligus untuk aku menguraikan rasa rindu dihati buat rakan-rakan seperjuangan aku di MRSM dulu. Bangun awal pagi, aku bersemangat untuk tunggu masuknya waktu berbuka. Aku ingin berjumpa kawan aku yang baik iaitu Intan Azwani. Sejak habis SPM sehingga dapat result SPM pun aku tak pernah berjumpa dengannya. Dan hari itu adalah hari pertemuan kami selepas lima tahun lamanya. Jam 3.30 petang aku keluar rumah untuk ke KL Sentral. Rasa hati yang sangat berdebar-debar untuk berjumpa 5 orang rakan maktab aku di KL Sentral. Wani,Joe,Najmi, Mira dan Khamisa.
Aku menanti mereka di surau disebabkan mereka ingin berjalan pusing-pusing dulu dalam KL Sentral tu. Entah ape yang menarik dalam tu pun aku tak tahu. Rupa-rupanya mereka ini sibuk bergambar.hehehe.
Aku menanti mereka. Hampir menitis air mata kegembiraan apabila terpandang wajah wani yang terkejut dan pura-pura malu ketika dia nampak aku. Rindu sangat kat dia. Dia adalah seorang kawan yang sangat baik dan take care pasal aku masa dekat maktab dulu. Lepas prep kami makan nasi lemak bersama-sama dalam bilik aku,G26 Blok Siti Aisyah. Sebelum masuk waktu maghrib dia dah siap tunggu aku kat depan compound. Sebeleum pergi prep petang pun sama. Isk3..Wani baik sangat. Seronok jumpa mereka-mereka ini. Kami bersolat Asar kemudian terus ke stesen Komuter untuk meneruskan perjalanan kami ke stesen UKM. Banyak cerita dikongsi dan lawak Wani yang bersahaja dalam tren. Sampai di stesen UKM jumpa Dinie,eQin dan beberapa orang lagi budak maktab aku dulu. Afiq mengambil dan membawa kami ke Restoran Rimba Klasik. Sampai di sana ada lebih kurang 55 orang budak maktab kami dulu. Seronok sangat. Kami berbuka sama-sama. Aku jumpa lagi Eddah, Yatie, Fidah, Huzaini budak homeroom aku dulu, Qisto, Akmal, Mat Due serta budak-budak yang lain. Yang tak pernah tegur kat maktab bila time jumpe ni la kami mule bertegur dan masing-masing mula bertanya siapa nama dan dulu kelas mane. Kelakar kan kami after five years. Yang best nya Bro Allil pun ada untuk berbuka bersama-sama kami dan sekaligus menjadi penghubung dan pengikat ukhuwah kami as Kuatagh 2004.
Selesai berbuka,kami bergambar kenangan dan Bro Allil belanja kami teh tarik dan fries+wedges+nugget. Thanks a lot bro!!!
Selepas selesai sesi perkenalan sebagai "recall memory" kami,kami segera pulang. Jam 11 malam,komuter dah tak ada. Budak-budak ini tak nak balik pulak..Isk3.. Nasib baik Afiq menghantar kami ke rumah aku. Thanks to Afiq and Huz+ Elyana...:-)

Subscribe to:
Posts (Atom)