Friday, August 21, 2009

Ramadhan datang lagi...

Alhamdulillah...Bersyukur aku kepada Allah Yang Maha Esa kerana masih memberi kesempatan pada aku untuk menunaikan ibadah puasa pada Ramadhan 1430H ini. Aku berharap Ramadhan aku kali ini penuh makna...Banyak kenangan dan kejadian pada bulan Ramadhan yang telah aku lalui...Aku mengharapkan keredhaan dari-Mu Ya Allah...Moga doa dan harapan serta cita-cita aku termakbul...Amin..

Wednesday, August 19, 2009

Cinta Pertama

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

Love u so muchh!!!
~MiSsNeiSYa~

Monday, August 10, 2009

Aku sedih lagi...

Hari ini aku ke office macam biasa. Semangat pagi Isnin. Aku cuba untuk berlagak biasa. Aku cuba untuk tersenyum kepada orang yang melemparkan senyum padaku. Aku masuk ke office. Aku duduk. PC aku on kan. Aku buka e-mel dan melihat kalau-kalau ada e-mel yang penting dalam inbox ku. Baru sahaja duduk, terlayar dalam otak aku wajahnya. Aku cuba berlagak biasa. Aku meluahkan rasa hati pada bestfriend ku di office. Tatkala aku mengenang kan segala peristiwa dan kenangan bersama dengannya air mataku mengalir. Aku tidak dapat menahan perasaan lalu aku balik ke mejaku. Akan tetapi sesuatu yang lagi menyentap hati dan jantung aku berlaku. Arghhh sesungguhnya aku tak dapat menahan air mata ni. Aku cuba untuk jadi tabah. Setabah dan sekuat ibuku. Aku mengaku yang aku tak mampu untuk jadi seperti itu. Ibuku sangat kuat hadapi dugaan. Kenapa aku tak boleh jadi seperti ibuku? Sesungguhnya pada hari ni aku langsung tak dapat membuat sebarang kerja. Aku hanya termenung dan menangis. Habis luruh segala semangat aku. Kenapa aku jadi sebegini???? Apa yang aku perlu buat sekarang ni?????
Ya Allah..aku mohon pada-Mu..berikanlah aku petunjuk...bantulah hamba-Mu ini untuk menjadi insan yang tabah..sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Mu yang bahagia dan tenang di dunia dan akhirat...Amin Ya Rabbal A'lamin...

Friday, August 7, 2009

Kuatkan semangat...

Aku tak tahu kenapa dengan aku ni. Dah tiga empat hari aku asyik rasa nak sedih aje. Ada something yang berlaku kat aku. Ada suatu rasa, sedetik perasaan yang sukar untuk aku jelaskan. Hanya hati aku yang mampu mentafsirkan rasa dan jiwa aku saja yang mampu menggambarkan seribu perasaan duka, sedih, kecewa, keinginan dan kesakitan. Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu menghadapi semua ini dan dapat mengatasi rasa hati dengan penuh kekuatan...
Aku hanya mampu berdoa...Andai dia ditakdirkan untuk aku, tunjukkanlah. Dan seandainya dia memang bukan tercipta untuk aku bantulah aku untuk melupakannya dari kamus perasaan aku...

Luahan hati,
~missneisya~