Monday, August 10, 2009

Aku sedih lagi...

Hari ini aku ke office macam biasa. Semangat pagi Isnin. Aku cuba untuk berlagak biasa. Aku cuba untuk tersenyum kepada orang yang melemparkan senyum padaku. Aku masuk ke office. Aku duduk. PC aku on kan. Aku buka e-mel dan melihat kalau-kalau ada e-mel yang penting dalam inbox ku. Baru sahaja duduk, terlayar dalam otak aku wajahnya. Aku cuba berlagak biasa. Aku meluahkan rasa hati pada bestfriend ku di office. Tatkala aku mengenang kan segala peristiwa dan kenangan bersama dengannya air mataku mengalir. Aku tidak dapat menahan perasaan lalu aku balik ke mejaku. Akan tetapi sesuatu yang lagi menyentap hati dan jantung aku berlaku. Arghhh sesungguhnya aku tak dapat menahan air mata ni. Aku cuba untuk jadi tabah. Setabah dan sekuat ibuku. Aku mengaku yang aku tak mampu untuk jadi seperti itu. Ibuku sangat kuat hadapi dugaan. Kenapa aku tak boleh jadi seperti ibuku? Sesungguhnya pada hari ni aku langsung tak dapat membuat sebarang kerja. Aku hanya termenung dan menangis. Habis luruh segala semangat aku. Kenapa aku jadi sebegini???? Apa yang aku perlu buat sekarang ni?????
Ya Allah..aku mohon pada-Mu..berikanlah aku petunjuk...bantulah hamba-Mu ini untuk menjadi insan yang tabah..sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Mu yang bahagia dan tenang di dunia dan akhirat...Amin Ya Rabbal A'lamin...

No comments:

Post a Comment