Tanggal 30 Ogos 2009...
Hari yang amat aku nanti-nanti kan serta hari yang mengundang debaran sekaligus untuk aku menguraikan rasa rindu dihati buat rakan-rakan seperjuangan aku di MRSM dulu. Bangun awal pagi, aku bersemangat untuk tunggu masuknya waktu berbuka. Aku ingin berjumpa kawan aku yang baik iaitu Intan Azwani. Sejak habis SPM sehingga dapat result SPM pun aku tak pernah berjumpa dengannya. Dan hari itu adalah hari pertemuan kami selepas lima tahun lamanya. Jam 3.30 petang aku keluar rumah untuk ke KL Sentral. Rasa hati yang sangat berdebar-debar untuk berjumpa 5 orang rakan maktab aku di KL Sentral. Wani,Joe,Najmi, Mira dan Khamisa.
Aku menanti mereka di surau disebabkan mereka ingin berjalan pusing-pusing dulu dalam KL Sentral tu. Entah ape yang menarik dalam tu pun aku tak tahu. Rupa-rupanya mereka ini sibuk bergambar.hehehe.
Aku menanti mereka. Hampir menitis air mata kegembiraan apabila terpandang wajah wani yang terkejut dan pura-pura malu ketika dia nampak aku. Rindu sangat kat dia. Dia adalah seorang kawan yang sangat baik dan take care pasal aku masa dekat maktab dulu. Lepas prep kami makan nasi lemak bersama-sama dalam bilik aku,G26 Blok Siti Aisyah. Sebelum masuk waktu maghrib dia dah siap tunggu aku kat depan compound. Sebeleum pergi prep petang pun sama. Isk3..Wani baik sangat. Seronok jumpa mereka-mereka ini. Kami bersolat Asar kemudian terus ke stesen Komuter untuk meneruskan perjalanan kami ke stesen UKM. Banyak cerita dikongsi dan lawak Wani yang bersahaja dalam tren. Sampai di stesen UKM jumpa Dinie,eQin dan beberapa orang lagi budak maktab aku dulu. Afiq mengambil dan membawa kami ke Restoran Rimba Klasik. Sampai di sana ada lebih kurang 55 orang budak maktab kami dulu. Seronok sangat. Kami berbuka sama-sama. Aku jumpa lagi Eddah, Yatie, Fidah, Huzaini budak homeroom aku dulu, Qisto, Akmal, Mat Due serta budak-budak yang lain. Yang tak pernah tegur kat maktab bila time jumpe ni la kami mule bertegur dan masing-masing mula bertanya siapa nama dan dulu kelas mane. Kelakar kan kami after five years. Yang best nya Bro Allil pun ada untuk berbuka bersama-sama kami dan sekaligus menjadi penghubung dan pengikat ukhuwah kami as Kuatagh 2004.
Selesai berbuka,kami bergambar kenangan dan Bro Allil belanja kami teh tarik dan fries+wedges+nugget. Thanks a lot bro!!!
Selepas selesai sesi perkenalan sebagai "recall memory" kami,kami segera pulang. Jam 11 malam,komuter dah tak ada. Budak-budak ini tak nak balik pulak..Isk3.. Nasib baik Afiq menghantar kami ke rumah aku. Thanks to Afiq and Huz+ Elyana...:-)
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment